My Photo

June 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
Powered by Friendster Blogs

Saturday, March 15, 2008

malam konsert yang malap

kepala aku ketika ini sedikit koo koo disebabkan oleh bahan-bahan ilmiah PTK yang maha tebal itu yang mana terpaksa aku hadap utk beberapa hari ini..nasib baik peperiksaan itu sudah berlalu.MERDEKA!untuk pengetahuan korang ptk = penilaian tahap kecekapan.ini wajib diambil oleh semua kakitangan kerajaan.konon-konon untuk kenaikan gred,gaji dan semuanyalah..tapi apakah makna cuti sekolah sekiranya aku hanya mengadap buku tanpa berhuha?baik takyah cuti macamni tauuuu..arghh..aku stress..rasa macam nak pegi cuci rambut jek lepas nih..isnin nih sekolah dah bukak baliklah pulak.. ;(

berbalik kepada cerita aku,minggu lepas punya jumaat la senang cerita,adik aku ajak pegi tengok HUJAN & beberapa band yang lain perform..i was like, wah!ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan..frankly speaking,macamana rupa ahli-ahli kumpulan HUJAN tu pon aku tak berapa tau..sebelum mereka popular di mainstream, pernah sepupu aku memaksa aku mendengar lagu mereka..aku pulak dengan berlagak berkata, "HUJAN?hoh!sapa nih?"

aku berpelakuan sebegitu bukannya apa..aku agak x boleh terima lagu-lagu kesukaan mamat itu..yelah..suka sangat suruh aku dengar britpop..pening kepala aku..yang aku paling tak tahan dia pernah suruh aku layan lagu-lagu sex pistol..arghh..gila peningla kepala aku..tapi aku suka dengan HUJAN sekarang sebab lagu-lagu diorg best..hehe

disebabkan adik aku yang membeli tiket, aku pon tak banyak hal,serious shit aku ingat pegi gig..aku dah bersiap-sedia untuk berhuha..tak sabar untuk melompat...yeay..tiba di sana aku melihat ramai peminat-peminat underground scene berada disana..gila grungelah mereka berpakaian..hehe..sudah lama aku tidak menggunakan ayat ini..grunge merupakan nickname yang diberikan oleh agus kepadaku..hehe..abaikan..itu cerita lain.adakah aku sudah tua?oh no..umurku sahaja banyak tetapi perangaiku tidak..hehe

bila masuk dalam aku nampak banyak kerusi tersusun..aku agak depress apabila melihat keadaan itu..MEMANG BOLEHKAN KITA NAK LAYAN LAGU bittersweet,oag,HUJAN,meet uncle hussain (ke hussein?ahh..blasah!),couple dan beberapa band lain yang aku malas nak tulis kat sini, DENGAN DUDUK SECARA BERSOPAN???!!!cousin aku lagi depress..dia boleh cakap,"cis...tadi aku ingat boleh raba awek-awek nanti..." hahaha..lupakanlah hasrat murnimu itu sepupuku..

then, i came to know, konsert yang aku ingat gig tadi adalah konsert charity utk clickachild.hoh!memanglah kena duduk secara aman dan bersopan..ingat boleh buat pogo..HARAM..hahaha..secara keseluruhan semua band best..diorng pulak saja je main lagu yg membuatkan ramai orang melonjak-lonjak kegembiraan sampai beberapa kali terpaksa ditenangkan oleh penganjur..haha..sapa suruh ko panggil band2 yang best perform..haaa..kan dah tak terkawal..yang paling best,radhi oag menjalar di atas lantai sambil menyanyi..kewl!aku pon nak menjalar jugakkkkkkkk...hehehe..

itulah sahaja pengalamanku dimusim cuti sekolah ini..sekian terima kasih.

p/s:sehingga ke saat ini,aku masih tidak dapat menghilangkan stress kerana terpaksa duduk dengan sopan ketika menyaksikan bittersweet membuat pertunjukan..stewpid...

                            

Thursday, March 06, 2008

go and eat shit!

lately, my partner in bed, charlie the kucing membuat perangai..as if she knows that now she has to share me with mr man..haha..last monday night when i was talking to mr man, dengan selambanya dia berak di atas jalan..i was like, what has gone into you, charlie?minah nih tak berak merata-rata ok..kencing pon di dalam jamban..tinggal tak flush aja tau..amatlah civilized kucing ku ini..

my sister told me charlie is trying to tell us something..i was like, hapa ke message si charlie wanted to tell me lah kan..my sister, being si pengantara bahasa kucing, said, "charlie cakap --> thats for taking my shelly..go and eat shit yusri..." hahaha..sian mamat tu tau...gila possessive kucingku itu..but seriously, manalah tumpahnya tuan kalau tak ke kucingnya kan??haha..suka-suka aku je buat bidalan sendiri.. ;)

Monday, February 18, 2008

:(

last friday night, one of my bestest friends met with an accident on the north-south expressway..she and her husband are slightly injured while her mother and her 4 months old baby died..the saddest thing is she does not have a clue that both of them died..i did not get the chance to pay my last respect to both of them as i reached her father's house, the bodies were on the way to the crematorium...i was so devastated because last october is the last time i met her mother  when she gave birth at the hospital..i can't hold back my tears when her sister told me, "sekarang mak pun dah tak ada..." i can't imagine my friend's reaction if she knows the real news because her father told her that her mother and her baby are in critical conditions..he can't tell the truth because my friend is in unstable state of mind..she was shocked to see us there because from her face i can tell that, she was like, "why are you here?why are you sooo worried??my arm is fractured only what???" may they rest in peace...

Wednesday, January 30, 2008

cincin inikah?cincin itukah?

pada hari ahad yang lalu, saya dan mr.man telah memulakan operasi kami mencari katil serta cincin perkahwinan kami.. ;) perburuan buah dada ataupun boobs hunting sudah lama tidak dilakukan kerana saya telah menemui jalan yang diredhai..hehe..sangat sangat memenatkanlah..saya sangat sangat suka cincin..TAPI, tidak pula kutahu bahawa memilih cincin merisik amatlah memeningkan...untuk mencari cincin kahwin lagilahhhhhhhhh penattttttttttttttttttttt!

saya menjadi saiko melihat cincin-cincin yang amatlah meruntun jiwa saya..haha..yelah..naik confused aku dengan diamond yang ada certificate la..yang tak ada certificatelah...sish...tapi, saya sangat suka sebab mr.man sangat sabar melayan kerenah saya..tapi saya tahu saya kena memilih cincin yang berada didalam bajet kami jikalau tidak saya tahu mr.man akan menggantung dirinya..hahaha...

si ben yang bekerja di kedai itu pun sangat sangat helpful jikalau hendak dibandingkan dengan minah(aku tak ingat nama dia) yang bekerja di cawangan di BVII yang sedikit haram perangainya...dahlah slang ntah hapahapa...nak sahaja kukatakan kepadanya, "i didnt know your father owns this shop.." huh!

tapikan..di dalam perjalanan pulang, saya teringat sesuatu..

me: heyyy..tadikan kita tak tengok pun cincin untuk you..sibuk cari cincin untuk i je...hehe..sorryyyyy (ehem..sangatlah self-centered cewekmu ini..haha)

mr.man: ala..tak apa..lain kali pun boleh cari...tapikan i sukalah tengok you pakai cincin yang tadi tuh..

hehehe..mind you, amatlah bersinar-sinar cincin itu di jari saya...hati saya juga bersinar-sinar melihatnya..*glee* tapikan..nak kena survey lagilah..mana tau ada yang cantik lagikan??mana tau kalau kalau ada yang lebih glitter lagikan??hehehe..saya harap mr.man tidak pengsan mendengarnya kerana semasa di kedai tadi saya telah memekak-mekak di telinganya dengan mengatakan, "i have found my ring!" sedangkan........ ;p

Monday, January 21, 2008

punish the sin, love the sinner..boleh?

great...another victim called me up sambil meraung-raung yesterday...mmm..apa lagi..cerita dipermainkan oleh kekasih hatilah..serious shit, aku rasa macam nak bukak tempat kaunseling untuk perempuan-perempuan yang dipermainkan oleh lelaki cintanya..peh!!ayat aku...haha..tapi baik kulupakan kerana masalah cinta aku juga tidak selesai disamping itu mak aku memang menyampah bila aku terjebak dengan kes-kes sebegini..

dia selalu cakap jangan menyibuk hal orang..ceh!bukan aku yang telepon diorang..diorang yang mintak advice aku okies...tapi kes kali ini serious shit aku tak bley setel..agak complicated bila aku membuat kajian terhadap latar belakang mamat ini sebab dia nih baik cuma kali ini dia tersilap percaturan (bak kata Faizal Tahir kerana separa bogel masa konsert 8tv, sila rujuk pancaindera ataupun metro keluaran lepas..aku tak pasti paper yang mana sebenarnya..haha)

cerita dia macam nih..kawan aku nih dah kapel dua taun lebey la dengan boifrennya itu..mamat nih memang decent habis la...semua orang memang suka boifren dia sebab dia baik and stuff..memang stok dibuat lakilah..nak dijadikan cerita, satu hari kawan aku nih tengok boifren dia punya telefon bimbit(ish..asal berbunyi jalang nih..geli pulak aku..haha..handphonelah)memang bolehla kan, boifren dia flirt-flirt dengan beberapa orang perempuan termasuk bini orang..i was like...WTF???dahla tak lama lagi ko nak bertunang & berkahwin dengan kawan aku..kawan aku tuh pulak dah la susah nak mampos hal kapel-mengkapel nih..alih2 ko buat dia mcmni pulak..

bila kawan aku ngamok-ngamok, dia cakap,"i main-main jelah..i tension time tuh..saja suka-suka layan diorang.." hapa????suka-suka???memang kawan aku tertawa riangkan bila baca sms-sms ko tuh..ko pikir ko punya tension je..kawan aku yang dah tahap depression bila baca sms ko tuh ko tak pikir pulak???pastuh bila kawan aku tanya, "who am i to you?" pandai pulak mamat tu menjawab dengan konpidennya, "my girlfrenlah!" then, what the hell are you doing this to my fren????diakan gf ko..ko menggatal dengan dia sudahlah..sish..

mind you guys, ni bukanlah perempuan yang pertama dia flirt-flirt..before this pon ada, tapi kawan aku nih malas nak memberi amokan puaka sebab dia ingat hanya "flirt biasa-biasa aja" sebab lelaki memang suka buat benda-benda macam nih..normal apa..tapi kali ini those smses yang mamat nih hantar kat pompuan2 gersang itu amatlah melampau dan kurasakan tidak perlulah kutulis di sini sebab hati aku pulak yang menjadi sakit bila mendengar ayat-ayat flirt yang maha "indah" itu yang mana menyebabkan kawan aku hampir nak ambil anti-depressant...

masalahnya sekarang, kawan aku nih dah macam saiko skung nih sebab memendam perasaan even though she forgave him selepas puas membuat penderaan mental terhadap boifrennya itu..tak tidur malam mamat tuh member aku kerjakan...but still, selepas dapat membalas dendam, kawan aku pulak sangat tertekan jiwanya sebab setiap kali tengok muka boifrennya itu, akan terpampanglah segala sms-sms gatal itu kat muka mamat tuh..siankan kawan aku?

skung nih dia macam bermuka-muka pulak bila ngedate dengan mamat tuh sebab shes stuck in the middle..dalam "panas-panas" hati shes still in love with him after what he has done to her..awwww...how pathetic..memangla sms-sms je tapi sms-sms pon amat menghiris perasaan tahu?walaupun intention lelaki itu hanyalah untuk berfoya-foya..dan aku masih tak faham adakah kepuasan maksima dapat dicapai jika kita flirt melalui sms?ok..esok akan kucuba untuk mendapat kepuasan itu..MACAM HARAM!haha..

nasihat ku kepada kawanku itu ialah --> punish the sin, love the sinner lah yang..iyalah..dah you still sayang kat dia..apalagi yang boleh kukatakan kerna aku juga agak terkasima bila mengetahui kisah cinta mereka ini sebab sumpah aku tak caya lelaki sedecent itu boleh buat perangai sebegini...mmmm..lagipon minah nih sayang lagi kat mamat nih..put yourself in her shoeslah korang..adakah berbaloi untuk memutuskan sesebuah perhubungan hanya semata-mata sms-sms yang jalang itu?serious aku tak boleh jawab..lagipun lelaki nih hanya menggatal melalui sms..jadi kawan-kawan, wajarkah kawan aku ini memaafkan boifrennya yang sengal itu?

jadi kalau korang boleh membantu, sila memberikan komen-komen anda yang bernas itu..aku kasihan pada kawanku ini..babe, jangan risau..i takkan reveal nama you ok...

p/s: memang boleh kawan aku yang aritu, nak kawin pulak dengan boifrennya yang ntah hapa-hapa itu...memang aku tak layak jadi kaunselor..hoh!

p/s p/s: aku tak puas hati faizal tahir kena gam..kesianlah dia..memanglah dia dah ter"bukak" baju dia..sound sikit-sikit cukuplah..takyahla nak tahan duit royalti la hapalah..banyak lagi hapa artis malaysia berbogel..rileks je diorang..takda pon kena gam segala..unfair!faizal, aku suka kamu walaupun kamu separa bogel!haha..

Tuesday, January 15, 2008

lagu bodoh....

korang pernah tak "terhafal" lagu-lagu seperti lagu-lagu dangdut yang dinyanyikan oleh amelina ataupun inul ataupun rock leleh yang dimainkan oleh spoon mahupun slam dan yang sekaum dengannya tanpa kerelaan korang??ooohhh...yang paling best kalau lagu-lagu sebegini berkumandang sewaktu kamu berada didalam situasi yang genting seperti menjawab soalan peperiksaan kertas visual basic ataupon financial management (didapati kekerapan untuk gagal bagi kertas-kertas ini adalah sangat tinggi)..ini sangat mendera sanubari saya...huhuhu..perkara ini sering terjadi kepada saya sejak saya di bangku sekolah menengah lagi tahu..

sebagai contoh, ketika sedang kusyuk menjawab kertas bahasa inggeris bagi guru-guru bahasa inggeris semalaysia tidak lama dahulu, secara tiba-tiba lagu "memori daun pisang " oleh amelina&iwan berkumandang di kepala saya dengan riangnya dari mula sehingga akhir...apakah signifikasi lagu amelina dengan cloze passage yang harus saya selesaikan amatlah tidak saya memahaminya...saya sangat stress kerana suka terhafal lagu-lagu yang saya benci..

hari ini saya sangat tertekan dengan murid-murid saya..didapati hampir 5 buah beg sekolah telah berterbangan di luar kelas..sapa suruh korang degil tak mo dengar cakap aku..nasib baik tak kulempar kamu sahaja..dahla tak boleh rotan skung nih.. :( ketika memberi amokan puaka didalam kelas, tiba-tiba lagu m.daun kilau berkumandang dikepala saya..tajuknya tidak berapa saya ingati...arghhhhh..sangat tertekan...bukan itu sahaja, tergambar juga di kotak fikiran saya aksi-aksi sepupu saya bergelek semasa sesi karaoke kami yang lalu..hahaha...*nama sepupu saya itu tidak boleh disiarkan diatas sebab-sebab yang tertentu* :)

anda ingin tahu lagu apa yang bernyanyi-nyanyi dengan kuatnya di dalam kepala saya sekarang??? jawapannya lagu 'larut' oleh dewa..hehehe..tapi saya tidak stress ataupun marah kerana saya sangat suka lagu ini walaupun satu ketika dahulu saya amat membenci lagu ini.. ;p wahhhh..hatiku berbunga riangggggggg......

Friday, January 11, 2008

my unstable state-of-mind

a few days back, mr man went to the funeral of his ex-fiancee's dad..my reaction?i was soooo damn jealous..yesss...u can call me psychotic plus idiotic person, but hell no..i dun give a hoot what u think about me..i know he's got nothing to do with her anymore, but i can't help it ok?!furthermore, its a woman thing la dey..perempuan mana lah tak jeles kalau boifren dia pegi berjumpa dengan bekas tunangannya (x-tunang tuh kalau x-gf takpe lagi)tak kiralah apa urusan walaupun di tanah perkuburan..thanks to my ex for making me having this ridiculous inferiority complex..only god knows what i have been through..no need to explain what happen between me and my ex, the damage has been done..i pity mr man because he has to deal with my kegilaan and he is such a sweet man for being true to me..babe, i love you lots!! (iyerrr..under,silalah muntah!hahaha ..) omigod..seriously i need professional help!!!any shrink that can tolerate with my kegilaan? :(

p/s: to mr. man's ex-fiancee, if u happen to read this,sorry to hear about your dad and do forgive me..i have nothing against u girl..as i said before, it is because of my inferiority complex...gilalah shelly....

Friday, December 21, 2007

lelaki plastik

the other day, one of my bestest friends called me up..she told me that she wants to call off her wedding due to some predicaments caused by her husband-to-be which she can't tolerate anymore..me and the bf always hang out together, and i notice that the bf is the type who loves to take advantage of my friend because she is 'anak lord'..some more she's driving a flashy car, a beemer..for soooo many times i tried to tell her what i feel about the bf (he's slick with words, i loathe these kind of people!)but i cant do it because i do not want any dispute to happen between us..

once the mother asked my friend about her car..she askedmy friend straight to her face and in front of everybody, "tu kereta sapa?"..i was like...hello?????you have no right to ask who's car is that...apahal lah kan..dahla first time jumpa..bukannya nak tanya pasal minah tuh..sish..

since she is the one who brought up the issue, so i have the guts to come clean about the bf..seriously, i do not understand men nowadays (ehem..jangan marah semua lelaki di luar sana..bukan semua lahhh...),you are the one who should give all those stuff to your wife but not the other way around...apahal lah kan bini kau nak menyara hidup kau...tak tau malu ka??for me, i believe that we should be with our partners through their good and bad times..bukannya dimasa-masa senang sahaja..and we have to work our butt off to get all those things that we have always wanted..bukannya mintak dari mak bapak mahupun meminta loan dari bank ataupun ah long..and plus my friend told me that she wont take anything from her parents after she gets married..i think if they get married, it won't lasts long because nawaitu nak kahwin tuh pon dah tak betul...

so many things happened between them, but i guesss i do not have to reveal everything here..i told her to end their relationship through the phone since the bf is the type yang akan meraung-raung kalau kawan aku nih nak mintak break..ish..you have no balls, eh?!ayat yang lebih sopan, tak ada telur ke hapa mamat tuh?hahaha..


and aku rasa dengan keadaan mamat itu yang separa senile, tak payahla nak jumpa-jumpa kalau nak break sebab in the end konpem tak akan break..i admit, it is inappropriate untuk membreakkan sesebuah perhubungan melalui telefon, tapi kalau dah bf/gf ko tuh jenis yang bengap, i guess this is the best way..mamposlah orang nak kata apa..masalahnya kita yang menghadap bf/gf yang mental itu..bukannya orang lain..aight??i feel that as a friend i should tell her what i feel about the bf..dah banyak kali aku menyimpan perasaan, walaupun aku nampak bf/gf kawan-kawan menaik (membuat taik)sama ada di belakang mahupun dihapadan kawan-kawan aku, ku diamkan aja..

just because aku taknak bergaduh dengan member-member aku..yelah..orang tengah hangat bercinta..takdenya dia nak pedulik apa kau cakap..bila diorang dah break baru aku cakap.."bf/gf ko kan bla bla bla..."pastuh bila aku dah bagitau,konpem kawan-kawan aku marah..they will say, "babe, asal ko tak cakap awal-awal??????"..pastuh nak merajuk-rajuk dengan aku...omigod!macamana aku nak cakap, kalau apa pun yang aku cakap, korang akan kata, "ala..dia ok...he will change la weyyy..."ok..i admit, people change..tapi bila la woi..kalau umur bf/gf ko tuh 10 tahun, boleh la dmarah ke pukul..tapi nih dah tua bangka la...they will never change..been there, done that!

jadi, moral dari cerita ini...berhati-hatilah ketika mencari pasangan..bukannya semua sincere...its ok kalau korang takda bf/gf daripada ada bf/gf yang boleh buat korang mental...sekian, terima kasih..renung-renungkanlah..selamat beramal..hahaha..sish..serious macam haram tak pun sedikit lanch (ayat chics..haha) ustaz ke doktor yang cakap benda nih...aku dengar kat radio tadi..haha

p/s: marilah kita berdoa kepada tuhan agar tidak didekati dengan lelaki-lelaki ataupun perempuan-perempuan yang tidak berbaloi ini.. :)

stupid for you ~ marie digby

It's not everyday

that i find a person quite like you
perfect every way
i finally found the nerve to confess that it's you - that i want
i don't care if i act a fool
i would damn near beg for you !
put aside, all my pride
so don't keep me hanging here
cause this girl is falling stupid for you..
stupid for you..

the proper thing to do
is for me to act like a lady and wait
for you to make the first move

but i don't think you're getting the point
that it's you - that i want
i don't care if i act a fool
i would damn near beg for you
put aside, all my pride
so don't keep me waiting here
cause this girl is falling stupid for you!
oh, oh stupid for you

why's it always feel like i am
chasing love when nothing's there
and here i go just making the same mistake...

i've fallen stupid for you..

i dig marie digby!!

yogan

beberapa hari yang lepas, aku pegi secret recipe dengan mak aku..tengah sibuk-sibuk nak pilih kek, tetiba ada satu pakcik nih agak kelam-kabut nak cari kek..aku tak tau ah asal dia kelam-kabut..entah-entah bini dia craving nak makan kek.tetiba aku dengar dia cakap kat minah yang keja kat situ.

pakcik: dik, yogan mana?yogan..yogan...

i was like...aaahhh???amenda ke yogan pakcik nih..mana ada kek yang berunsur tamil kat kedai nih...puas ok aku pandang..seres aku tak nampak pon satu kek yang mempunyai nama yogan...

minah tuh pon muka agak blur bila dengar nama kek tuh..tetiba dia cakap...

minah: erm....chocolate indulgence ke pakcik..

pakcik:haaaaa...betul lahh tuh...

laaaaa.......